Flyff Chinese Arrow Through Double Hearts
CompleteMyspace.com Codes

Monday, 18 June 2012

tapak kuda kek ~


roll_tapak_kuda_kak_mid
Resipi Oleh:  Puan Aini Salim

Bahan A
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung halus
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahan B
135ml mentega cair
Bahan C
1 sudu teh chocolate emulco

coklat nutella atau pes kacang hazel

Cara :
1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Bahagikan Adunan kepada 2 bahagian 
4. Satu bahagian letakkan chocolate emulco
5. Satu biarkan plain 
**  Terpulangnya kepada anda untuk mengolahnya.
6. Saya gunakan loyang 9x9 - dapat 4 loyang
7. Bakar pada suhu 180c selama 10 (tapi next time kalau buat lagi saya nak tambah pada 12 minit)
8. Dah masak, boleh lah dibentuk menjadi ladam kuda atau digulung bersama coklat nuttella.

No comments:

Post a Comment


Click here for Myspace Layouts